Kemaafan dipohon
eee tak tahu nak cakap apa...
Geram
termenung sekejap
Hari ini dah 29/11/05, cepatnya masa berlalu begitu pantas tinggal beberapa hari umat islam hendak mengakhiri bulan syawal, pastu lagi sebulan masuk december plak dan tahun baru. apa ah azam tahun baru nie masih tak pikirkan lagi.... masih banyak yang perlu diperbaiki dlm kehidupan i ni.
anak
25/11/05 genaplah wani berusia 1thn 9bln, sekarang nie dah pandai minta2 dan pandai merajuk plak tue lambat sikit amboiiiii menjerit. bila tengok gambar dia sendiri marahlah plak sbb kenapa baby dlm gambar nie ambil bantal dia, kenapa baby nie sayang papa siap tunjuk lagi gambar dia. saya & husband gelak aje sbb dah puas terangkan ngan dia yang dlm gambar nie adalah dia sendiri. skrang dah tiru plak p'kataan puasalah,anginlah,suparjo dan senario kalau lagu gerak khas plak pakai hentamlah nyanyi bahasa dialah tue. tak paham pun jadi paham dah.
Warkah
Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran meskipun ramai
orang
yang malu mengakuinya. Sebenarnya sebuah perkahwinan.. tanpa
pertengkaran
ibarat cendol tidak bergula. Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri
semulajadi yang pinta diisi Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya
perawan rela menjadi isteri Masing-masing dengan harapan Agar
rumahtangga
membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(Wah , suamiku seorang jutawan)
Tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
(Wah, isteriku seorang celeberity)
Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
( Wah, suamiku seorang negarawan)
Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu pada harta
Kalaulah bahagia itu pada nama
Kalaulah bahagia itu pada rupa
Kalaulah bahagia itu pada kuasa
Kenapa Charles dan Diana berpisah
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
& nbsp; Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti muktamadlah akad
sahlah nikah dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah
Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w
Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah:
'setia
dan penyayang suami' 'cinta dan kasih isteri' lalu berbuahlah
mahmudah demi
mahmudah yang melahirkan..... Soleh dan solehah.
hari raya
selamat hari raya
dam....dam....dommm bunyi mercun selamat hari raya
selamat hari raya pada semua insan didunia ini tak kiralah sama ada tua, muda miskin kaya yang bakal menyambutnya dengan penuh makna dan penuh kesyukuran sbb tahun nie kite masih dapat lagi melihat dunia ini dan dapat merasai 1 syawal yang bakal tiba.
semasa nikmati juadah hari raya janganlah makan sampai overlimit plak nanti tak pasal2 blok terus perut tue...hiiii...hiii...dan pandulah kereta berhati2 dimana anda berada.
Setahun sekali
Setahun sekali syawal datang lagi
Menyahut kembali
Setahun sekali sungguh tak terperi
Hari yang di nanti
Hingga tak terbilang saat pertemuan
Antara kita menjalin rasa
Nada-nada riang wajah-wajah tenang
Di hari raya
Kunjung-berkunjungan bersalam-salaman
Membina ikatan
Kita bersaudara di bumi yang sama
Tiada berbeza alih rasa
( 1 )
Setahun hanya sekali
Akan tiba akan pergi
Hari raya hari bahagia oh oh...
Setahun hanya sekali
Ia datang ia pergi
Namun kenangan di hari raya
Bersemi
Kaulah hati
Setahun sekali syawal datang lagi
Menyahut kembali
Kunjung berkunjungan salam-bersalaman
Membina ikatan
Kita bersaudara di bumi yang sama
Tiada berbeza alih rasa
( ulang 1 )
Kita bersaudara di bumi yang sama
Setahun sekali syawal datang lagi
Oh oh...
Syawal datang lagi setahun sekali
Oh oh...
Memori
hari nie dah 22 ramadan umat islam berpuasa eeiii cepatnya masa berlalu begitu pantas sedar tak sedar pun, persiapan pun tak buat lagi mungkin sabtu nie kot, kalau kuih pun sama tak wat langsung sbb nanti boss kecik suka kacau nanti jadi kuih lain plak ahhhh ahhhh.
time time cam nie lah teringatkan kisah silam masa tue kan kecik2 lagi nanti g raya umah org pakai baju lelawa siap melaram lagi..... dapat duit raya yg bagusnya g setakat minum air pas tu salam dapat duit raye hiii...hiiii, kalau kuar rumah tue dari pagi smpailah petang baru balik, yg kelakarnya berlumba ngan kawan sapa byk dapat duit raye itu baru bab g umah jiran2 kat situ, lum lagi balik kampung pak cik makcik atok nenek sahabat handai yang kasi angpau yahooooo jadi jutawan fakir lah masa tueeeee. masa tue kan asyikkkk asyikkk kira duit dah berapa byk dapat.
Tapi sekarang tibalah masanya untuk membeli k elengkapan untuk anak dan kenalah sediakan angpau plak untuk anak sedara dan bebudak2 yg datang, itu satu bab, kalau bab lain plak yg kat umah tue nak lah jugak membelinya, baru rasa sekarang bila dah jadi seorang ibu semuanya perlu ingat inilah itulah cam cam lagi. nanti nak g shopping tak tahulah camna sbb kalau bawa baby wani tue lasaknya bukan main sampaikan tak terlarat nak jaga dia.
apa apa pun semuanya akan menjadi memori yang tak dapat dilupakan,
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
Macam - macam ragam.
hari nie dah masuk 14 ramadan cepat ye masa berlaluuuuu, saye pun dah lama tak tulis dlm tblog nie.
masa ari sabtu saye pergi bazar ramadan nak beli lauk almaklumlah petang tue malas nak masak, pegilah pasar kat belakang rumah aje tapi makcik yg selalu tue tak niaga plak ari tue sbb kat dia murah sgt kalau rm 5.00 pun dapat 2 jenis lauk byk sgt, so t,paksalah g bazar sek 18 beli lauk ikan tenggiri masak kari t'masuk bendi dan sayur keladi, pada hal tue bukan byk sgt tapi harga dia smp rm 8.00. mula nak marah sbb rasa cam tak berbaloi aje dah lah plak tue layanan dia pun kurengggggg aje nasib baiklah sedap tapi tak sesedap masakan ibuuuuuu ha...ha....
semlm balik kul 5.45, abg baru dtg pastu lalu kat sek 16 sbb ingatkan tak berapalah jam smpai depan uitm dah tersangkut ngan jemmmmm smpai umah mak abg nak amik wani dah kul 6.15 da kena tggu sbb mak plak dah masakkan ayam percik, pastu 6.40 baru b,tolak smpai umah kul 7.00 buat aje air, azan pun dah berkumandang. skrg wani pun dah petah bercakap bila kemahuan dia tak dilaksanakan selagi tuelah dia nak jugak. yg tak larat tue yg kite tegah jgn buat itulah dia buat panjat sana panjat sini. sampaikan papa dia marah, dia duduk diam sekejap aje pastu buat balik...nie baru sorang bukan nya 10 org. dah pening kepala dibuatnya
walau apa pun dialah permata hati.....
Sendiri
& nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ; 
Sendiri
Bersendirian
Menerima hukuman meninggalkan kau dahulu
Lesu langkahku
Sengaja inginkan perhatianmu
Sudikah kau terima
Kesan kasih sayang yang ku semikan untukmu
Dari air mata
Terlalu mengingatimu
(Korus)
Aku menyintaimu...
Menyayangimu...
Untuk selamanya
Kau bawa bahagia
Di dalam hidupku sebelum kau pergi
Kesilapanku
Tak tahu menilai permata
Aku berjanji
Tak mungkin aku khianati
untuk kedua kali Andai kau kembali
Menyerlahkan jiwa dengan cinta suci
Aku menyintaimu...
Menyayangimu...
Untuk selamanya
Masalah lagiiiiiii
Ampunkan aku
Redup matamu
Memandang wajahku
Jangan menangis
Memang benar dulu
Kunci hatiku
Ada padamu
Ohh..
Aku kembali
Dimatamu kini
Bukan kerana kamu
Bukan niatku
Melara hatimu
Usah khuatir
Jika hadirku melukai hati
Maaf ku pohon abadi
Kini dihatiku satu puteri
Yang pasti bukannya kamu
Korus:
Ampunkan aku
Seandainya engkau menangis lagi
Ampunkan aku
Memang aku bukan lelaki dulu
Ampunkan aku
Seandainya engkau masih merindu
Ampunkan aku
Mendung ini pasti akan berlalu
Redup matamu
Memandang wajahku
Jangan menangis
Kita lewati
Saat Kau dan Aku
Leka menari
Ampunkan aku
Seandainya engkau
Menangis lagi
Ampunkan aku
Memang aku bukan lelaki dulu
Ampunkan aku
Seandainya engkau masih merindu
Ampunkan aku
Mendung ini pasti akan berlalu
monday
Aduhhh sakit kepala....
aku tak pernah sakit kepala cam nie...sakit bangittttttttt nak nangis pun ada inilah dikatakan cobaan........betollah..dah lah tue sejuk plak kat dlm office nie nak wat keje pun tak ada feeling langsungggggggggggg
Ngantuknyaaaaaaaaa
Ramadan yg mulia
Hari esok kita berpuasa
Setahun sekali hanya sebulan
Sempatkah kita menyempurnakan
Hingga sampai ke penghujungnya
Sebulan Ramadhan kita berpuasa
Menahan diri dari lapar dahaga
Menekan nafsu bermaharajalela
Melatih diri beramal sentiasa
Sepanjang Ramadhan
Syaitan dalam rantaian
Terbuka luas pintu kebaikan
Tanda rahmat kasih sayang Tuhan
Itulah kemuliaan di bulan Ramadhan
Solat Tarawih menjadi amalan
Meriahkan lagi keberkatan malam
Tadarus Al-Quran penambah seri
Tenangkan hati membersihkan diri
Paling istimewa di bulan Ramadhan
Berlakunya malam Lailatul Qadar
Turunlah malaikat meraikan semua
Menyambut amalan yang ikhlas di antara kita...
Sebulan sudah Ramadhan bersama
Tibalah syawal tanda kemenangan
Sempurnakah segala amalan
Adakah kita berjumpa semula
Di Ramadhan yang akan datang...
Ahhhh damainya lagu
Hanya Tuhan Yang Tahu
Dipendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar dihati
Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Medamaikan sekeping hati
( 1 )
Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang
( korus )
Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
( ulang 1 )
( ulang korus 2X )
Kerana batasan waktu
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih
Ah....ah..
Perasmian